Rosberg Juara GP Brazil

Sao Paulo – Nico Rosberg muncul juara Grand Prix Brazil di Interlagos, awal pagi ini.

Rakan sepasukan, Lewis Hamilton pula muncul naib juara.

Ini adalah kali ke-11 musim ini, pasukan Mercedes menyudahkan cabaran dengan 1-2 dalam kejuaraan Formula Satu, musim ini.

Pemandu idola tempatan, Felipe Massa yang memandu untuk pasukan Williams mendapat tempat ketiga.

Musim F1 berakhir di GP Abu Dhabi pada 23 November ini dengan Hamilton mendahului dengan 17 mata ketika mata berganda menunggu pemenang di negara Teluk itu nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.