Polis Mohon Keluarga Mangsa Buli Tampil Buat Laporan

Kuala Lumpur – Polis meminta ibu bapa dan mangsa buli tampil membuat laporan berhubung penyebaran sebuah klip video kes buli di media sosial membabitkan remaja perempuan di kawasan tandas awam.

Penolong Ketua Urus Setia (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, sehingga kini, tiada maklumat yang diperolehi mengenai lokasi dan individu yang terlibat dalam klip video itu.

“Polis menyeru orang ramai, terutama ibu bapa yang mengetahui anak mereka menjadi mangsa buli, menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kerjasama orang ramai diperlukan supaya polis dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataannya menerusi Facebook PDRM.

Beliau berkata, klip video itu menimbulkan rasa marah, tidak tenteram dan kurang senang di kalangan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.