Muka Cari Makan Juara Liga Lawak Superstar

Petaling Jaya – Kumpulan Muka Cari Makan muncul juara rancangan realiti komedi Liga Lawak Superstar musim kedua yang berlangsung di Bandar Sri Damansara, malam tadi.

Mereka mengumpul 69 markah untuk menewaskan kumpulan Melodrama di tempat kedua dengan 64 markah.

Sebagai juara, Muka Cari Makan yang dianggotai Naz Rahman, Pian Kepoh dan Uncle Jo membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

Melodrama pula membawa pulang wang tunai RM100,000.

Kumpulan itu dianggotai oleh pengacara program Melodi, Zulin Aziz, Izu Kepoh dan Ain.

Tempat ketiga dimenangi kumpulan Kami Tuan Rumah yang dianggotai Zoey Rahman, Achok Mmmm dan Mirul. Mereka memenangi wang tunai RM25,000.

Sistem pemarkahan yang digunakan ialah 50 peratus daripada juri profesional, 30 markah undian SMS dan 20 peratus daripada juri awam di studio.

Liga Lawak Superstar musim kedua disiarkan an melalui saluran TV3 sejak 7 September lalu.

Program 10 episod ini menyaksikan lapan kumpulan berentap bagi merebut tempat ke final.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.