Malaysia Rakan Mesra Yang Boleh Diharap – Presiden China

Presiden China Xi Jinping yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Beijing hari ini, menyifatkan Malaysia sebagai rakan mesra dan boleh diharap.

Xi berkata beliau gembira bertemu Najib semula selepas kunjungan pertamanya ke China Mei lepas.

Beliau berkata Najib mengikuti jejak bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, dan lawatannya ke China sempena ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik antara kedua-dua negara, sebagai saat bersejarah.

“Ia merupakan suatu cerita indah dalam sejarah perhubungan kedua-dua negara,” kata Xi.

Xi berkata beliau mengadakan pertemuan dua hala di “Great Hall of the People” sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2014 di Beijing hari ini.

Pada pertemuan itu, Xi berkata ulang tahun ke-40 merupakan kisah menarik dalam sejarah hubungan Malaysia dan China.

Bagi merealisasikan keputusan yang lebih bermakna dalam hubungan dua hala itu, Xi juga menggesa kebijaksanaan dan semangat politik sedia ada ditingkatkan.

Najib pula bersetuju dengan Xi bahawa kedua-dua negara perlu menjadikan hubungan baik Malaysia dan China sebagai model hubungan kedua-dua negara.

Sementara itu, dalam pertemuan berasingan dengan Perdana Menteri China Li Keqiang di tempat yang sama, Najib berkata 2014 merupakan tahun bersejarah dan bertuah untuk kedua-dua negara.

Li berkata China sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan lagi tahap itu.

Najib menghadiri AELM ke-22 Apec, selama dua hari yang bermula hari ini.
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-rakan-mesra-dan-boleh-diharap-kata-presiden-china#sthash.YXUjBjre.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.