M.Nasir Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Industri Kreatif

Kedah – Datuk M Nasir menjadi seorang daripada penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Industri Kreatif di majlis konvokesyen ke-27 Universiti Utara Malaysia (UUM) kelmarin yang diadakan di Dewan Muadzam Shah, Sintok, Kedah.

Perkara itu disahkan sendiri pihak pengurusan beliau di laman Facebook termasuk pengurusnya, Wan Firdaus Wan Ibrahim dan isteri beliau, Datin Marlia Musa. Marlia dan Wan turut menemani penyanyi berkenaan di sana.

M Nasir menerima penganugerahan berkenaan pada sesi pertama konvokesyen berkenaan yang berlangsung 10.30 pagi tadi. Penganugerahan terbabit diserahkan kepada individu berkaitan daripada pihak UUM atas sumbangan cemerlang mereka kepada masyarakat dan negara.

Anugerah Ijazah Kehormat adalah penghormatan tertinggi yang boleh diberi pihak Universiti sama ada Ijazah Sarjana atau Kedoktoran. Gelaran Kehormat ini memberi segala hak dan keistimewaan kepada calon berkenaan sebagai seorang ahli universiti.

M Nasir dalam perkembangan lain akan terbabit dengan Konsert Hati Emas Kembara yang akan berlangsung dari 21 hingga 23 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya. Konsert Hati Emas Kembara dianjurkan Luncai Emas Sdn Bhd dan disokong Celcom Axiata Bhd.

Tiket konsert berdurasi dua jam setengah itu berharga RM68, RM98, RM188, RM125, RM328 dan RM388.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.