Kakitangan Akademik UMK Dedah Bukti, ‘Tesis Ciplak’ Prof Abu Hassan?

Oleh: Zulkifli Mat Rawi

 

Kuala Lumpur – Tidak berpuasa hati dengan tindakan Naib Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Dr. Raduan Bin Hj. Che Ros yang di katakan cuba menutup isu ‘karya ciplak’ yang sediakan oleh salah seorang profesor universiti berkenaan, salah seorang kakitangan akademi tampil mendedahkan bukti berhubung dakwaan tersebut.

 

Beliau yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi berkata kecewa dan terkejut dengan kenyataan Raduan sebelum ini yang menafikan isu plagiat yang dikaitkan dengan Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah seperti yang didedahkan beberapa hari lalu.

 

“Saya terkejut dan marah dengan kenyataan tersebut yang sengaja ingin menutup isu yang dibangkitkan.

 

“Mungkin ada yang merasakan isu ini satu perkara yang remeh, tetapi ia bukan sahaja melibatkan maruah universiti namun sebenarnya ia merupakan penghinaan kepada intergiriti akademik negara” katanya yang masih enggan mendedahkan identitinya.

 

Menurut kakitaangan akademik tersebut, masih belum masanya untuk beliau tampil bercakap atas kapasiti dirinya yang sebenar.

 

“Buat masa sekarang ada baiknya saya merahsiakan identiti yang sebenar, sehinggalah pihak universiti mengambil pendekatan yang sepatutnya untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

 

“Sekaligus memulihkan kembali imej, kredibiliti dan intergriti UMK yang telah tercalar kerana cuba membela kesalahan jenayah dan akademik yang dilakukan oleh Prof Abu Hassan,” katanya kepada SuaraTV lagi.

 

Beliau turut menjelaskan akan terus membangkitkan isu ‘karya ciplak’ sehingga pihak universitii bersetuju melakukan satu siasatan yang telus dan adil demi menjaga nama baik dan reputasi UMK antara:

 

1) Menubuhkan satu unit tatatertib agar satu siasatan dalaman dapat dijalankan secara terpeinci bagi membersihkan nama dan imej universiti.

 

2) Mewujudkan panel jawatankuasa khas yang dianggotai oleh ahli akademi dan profesor dari universiti luar

 

3) Memaklumkan secara bertulis kepada University of Vienna berhubung perkara ini agar satu penilaian semula dapat dijalankan.

 

Berikut adalah sebahagaian daripada perbandingan antara buku asal dan karya ciplak yang dikaitkan dengan Prof Dr Abu Hassan Hasbullah:

 

tesis palsu 7

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

tesis palsu 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

tesis palsu 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

tesis palsu 3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

tesis palsu 4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

tesis palsu 5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

tesis palsu 6

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk perbandingan sepenuhnya klik: Perbandingan antara karya asal dan karya ciplak Abu Hassan Hasbullah

 

UMK sebelum ini menafikan berlaku plagiat dalam kalangan ahli akademik universiti berkenaan seperti yang didedahkan beberapa hari lalu.

 

Raduan ketika ditanya sebelum ini berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan telah melakukan siasatan.

 

“Ini satu kes serius dan saya telah menyiasat perkara itu dengan memanggil kedua-dua individu terlibat iaitu individu yang kena tuduh dan individu yang membuat tuduhan untuk menyelesaikan perkara ini.

 

Saya dapati ini disebabkan sedikit salah faham sahaja,” katanya kepada pemberita memetik laporan Bernama selepas Majlis Anugerah Citra 2014 UMK di Kampus Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.

 

Raduan yang juga merupakan Setiausaha Agung Majlis Profesor Negara turut menjelaskan, isu kredibiliti akademik menjadi satu perkara yang sangat penting dan pihaknya tidak ada toleransi sekiranya ia benar-benar berlaku.

 

Baca: VC UMK Cuba Tutup Mata, Isu ‘Ciplak Karya’ Prof Abu Hassan?

Baca: UMK Nafi Prof Abu Hassan Terbabit ‘Ciplak Karya’ Orang

Baca: Ciplak Karya: Pensyarah UMK Mengaku Buat Laporan Polis Terhadap Prof Abu Hassan

Baca: Sumber Dalaman UMK Dakwa Profesor Plagiat Mohon Letak Jawatan

Baca: Gara-Gara Laporan Profesor Dituduh Plagiat, UMK Tutup Akses Website?

Baca: Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Untuk Tesis Phd?

11 thoughts on “Kakitangan Akademik UMK Dedah Bukti, ‘Tesis Ciplak’ Prof Abu Hassan?

  • November 10, 2014 at 3:06 pm
    Permalink

    yg first pic tu dissertation ada uni gne dissertation.n guna requirement.my uni pon gne benda yg sama.tp yg lain terang2 dia copy paste.copy paste mrupakn plagiat plg rendah.kalau thesis biasa ada point tak ada sumber pon dah dikira plagiat.inikn copy paste.

    Reply
  • November 10, 2014 at 8:58 pm
    Permalink

    Sudah tiba masanya pihak kerajaan MENGAMBIL BERAT AKAN KUALITI DI IPTA/S terutama sekali kualiti Ahli Akademik. Semakin hari semakin banyak perkara LUCU berlaku yang merendahkan martabat keilmuan tinggi di Malaysia.

    Masih mampukah kita mengaku menjadi hab pendidikan tinggi tersohor di Asia Tenggara?

    Reply
    • November 10, 2014 at 11:25 pm
      Permalink

      Sokong pendapat tuan…

      Reply
  • November 11, 2014 at 4:29 pm
    Permalink

    Seorang dekan yang masyhur dengan ayat bombastik,.. menciplak tesis sebegini rupa… Sungguh malu saya sebagai pelajar UMK. Apa fungsi sebuah Universiti yang mewar-warkan mengenai kepentingan originality of research.. Academician apakah ini , yang tidak jujur dalam Penyelidikan Akademik ?
    Majlis Profesor Negara harus siasat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.