Federer Atasi Raonic

London – Pemain nombor dua dunia, Roger Federer memulakan kempennya di akhir musim Kejohanan tenis untuk memenangi gelaran ketujuh dengan atasi pemain Kanada, Milos Raonic di London.

Federer menang 6-1, 7-6 (7-0) untuk balas dendam kekalahannya kepada Raonic di Kejohanan Paris Masters sembilan hari lalu.

Federer sertai Kei Nishikori di bahagian atas jadual Kumpulan B selepas Nishikori sebelum ini menewaskan Andy Murray.

Pusingan kedua perlawanan pada Selasa akan melihat Federer menentang Nishikori manakala Murray berhadapan Raonic.

Federer masih dalam buruan nombor satu dunia dan akan berusaha untuk layak ke peringkat separuh akhir secepat mungkin.

Federer memulakan permulaan dengan hebat, menyekat  pukulan servis Raonic dalam set pertama sebelum menamatkan permainan dalam satu jam dan 28 minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.