Bekas KPN Tan Sri Bakri Omar Meninggal Dunia

Putrajaya – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia di Institut Kanser Negara pada Isnin.

Allahyarham Mohd. Bakri, 66, yang menghidap penyakit kanser mulut sebelum ini disahkan meninggal dunia pada pukul 8.40 pagi.

Ketua Polis Negara yang ketujuh itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham berkhidmat sebagai ketua polis negara dari 2003 hingga 2006. – 10 November, 2014.

BeERITA LAIN MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.