Kerajaan lantik anak Fadzil Noor ketuai pemulihan kanak-kanak GISBH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan melantik Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil untuk mengetuai jawatankuasa bagi membentuk modul silibus pemulihan akidah kanak-kanak GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang diselamatkan pihak berkuasa, baru-baru ini.

Ahmad Fauwaz yang juga anak kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Fadzil Mohd Noor adalah Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Ahmad Fauwaz dipilih mengetuai enam pakar akidah dalam jawatankuasa berkenaan.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diamanahkan untuk membangunkan modul silibus pemulihan mereka yang diselamatkan ini dan kita menubuhkan jawatankuasa bagi tujuan itu.

“Ahmad Fauwaz adalah individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang akidah dan begitu juga ahli jawatankuasa yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmiaan World Quran Symposium 2024 sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-64 1446H/2024M, pada Khamis, lapor BH.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat