Tiada Maklumat Parlimen Bubar, Sidang Parlimen Berjalan Seperti Biasa – Azizan Harun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azizan Harun memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang makluman pembubaran Parlimen dalam masa terdekat.

Memetik Berita Harian, Sidang Parlimen esok akan diteruskan seperti dalam jadual yang mana akan membahaskan Bajet 2023.

Mengulas lanjut, katanya, persidangan Dewan Rakyat esok, adalah hari pertama bagi pembahasan Bajet 2023 yang dibentangkan pada Jumaat lalu.

“Tiada perbincangan langsung, tidak sampai seminit pun, saya merafak sembah se

“Ya (sidang) diteruskan, macam biasa, kecuali saya dimaklumkan apa-apa, setakat ini tiada sebarang pemakluman, saya tidak tahu benda ini (pembubaran Parlimen) kerana ia adalah kuasa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.

“Esok akan berlangsung waktu pertanyaan menteri (MQT), pertanyaan lisan dan diteruskan dengan pembahasan Bajet 2023,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, tengah hari pada Ahad.

Memetik laporan New Straits Times (NST), kunjungan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak dihidu media yang biasanya berkumpul di luar pintu utama istana.

Ini kerana rata-rata media membuat liputan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) sejak pagi semalam.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke London malam semalam bagi mengadakan lawatan khas ke United Kingdom (UK) bermula hari ini hingga 16 Okt ini.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada 9.30 malam.

Antara yang hadir untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka berdua ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau berkata, tiada perbincangan langsung mengenai pembubaran Parlimen dilakukan ketika berada di lapangan.

Jelasnya lagi, beliau hanya merafak sembah selamat berangkat kepada Yang di-Pertuan Agong.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat