Hasrat PBM Sertai BN Terima Respon Positif – Zuraida

- Advertisement -

SEGAMAT – Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Zuraida Kamaruddin mendakwa hasrat parti itu menyertai Barisan Nasional (BN) menerima respon positif, namun BN belum memberi keputusan rasmi mengenai permohonan itu.

Zuraida berkata terdapat beberapa perkara perlu diteliti oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pihaknya menjangkakan keputusan permohonan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Semua berjalan lancar, seperti yang saya cakap tadi, ia mendapat respon positif, cuma beliau (Ahmad Zahid) belum lagi memberi kenyataan rasmi setakat ini, mungkin selepas bubar (Parlimen) beliau akan bagi kenyataan,” katanya pada sidang media selepas Program Jelajah Jom Reset Segamat di sini hari ini.

Turut hadir penyandang kerusi Parlimen Segamat yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Dr Santhara Kumar.

Berhubung kerusi yang akan ditandingi PBM pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata parti itu tetap akan mengekalkan enam penyandang kerusi PBM sedia ada.

PBM mempunyai enam penyandang kerusi Parlimen iaitu Zuraida (Ampang), Santhara (Segamat), Datuk Larry Sng Wei Shein (Julau), Steven Choong (Tebrau), Mohammadin Ketapi (Lahad Datu) dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat).

Sementara itu, pada program berkenaan Santhara menyampaikan dua bot kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat dan Pejabat Penerangan Daerah Segamat sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat