Tiada Lagi Sekatan Jalan Di Sempadan Negeri Mulai Tengah Malam Ini – KPN

- Advertisement -

PETALING JAYA – Sekatan-sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri akan ditutup bermula tengah malam ini.

Ini susulan pengumuman kerajaan yang membenarkan aktiviti rentas negeri bagi golongan lengkap vaksinasi bermula esok.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagaimanapun, pihaknya akan mengekalkan SJR di kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPKD), Op Benteng dan kawasan cegah jenayah.

“Meskipun tiada SJR di sempadan negeri, kita akan terus menggerakkan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan masyarakat mengamalkan SOP.

“Pemeriksaan secara rawak ini akan dijalankan pihak berkuasa di lokasi tumpuan umum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Acryl Sani berkata, ini berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ujarnya, masyarakat dinasihat untuk tidak mengambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan.

“Sentiasa mengamalkan tahap pematuhan SOP yang tinggi demi mengelakkan penularan wabak Covid-19 kembali meningkat,” ujarnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat