Kerajaan siasat bekas Peguam Negara

- Advertisement -

Putrajaya – Kerajaan membuat keputusan memulakan siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berikutan pendedahan beliau bukunya “My Story: Justice in the Wilderness” menimbulkan kegusaran awam mengenai pendedahan rahsia kerajaan, dakwaan campur tangan eksekutif dalam perundangan dan kehakiman dan terdapat tuduhan Tommy memesongkan fakta.

Menurut Perdana Menteri. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mesyuarat Kabinet pada 8 Oktober 2021, telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas siasatan bagi membuat kajian awal sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil.

“Pasukan petugas ini akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara yang akan dilantik dalam masa terdekat. Sementara itu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bertindak sebagai urusetia,” jelas Ismail Sabri dalam kenyataan media sabtu.

Pasukan petugas khas siasatan yang dicadangkan ini antara lain bertujuan untuk menyiasat dakwaan Tommy Thomas mengenai penyalahgunaan kuasa dalam isu pelantikan hakim, campur tangan badan eksekutif melampau dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta pelanggaran sumpah kerahsiaan.

Terdapat puluhan laporan polis ke atas buku Tommy dari pelbagai pihak. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga menyifatkan ada bahagian dalam buku tersebut tidak benar seperti dakwwan Seri Paduka Baginda mahu Wan Azizah menjadi Perdana Menteri Interim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat