115,516 orang asli sudah divaksin, 56,639 belum divaksin

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan program Vaksinasi untuk masyarakat Orang Asli sudah mencapai 67 peratus atau 115,516 orang berdasarkan jumlah itu berdasarkan data terkini sehingga petang jumaat lepas.

“Ada lagi yang belum mendapat vaksin ni dalam lebih kurang 56 ribu, jadi kita sedang berusaha dengan pelbagai caralah. Salah satu yang kita buat diperingkat kementerian ini adalah kita buat melalui outreach iaitu kita yang pergi cari, melalui Mara kita ada bas Mara Liner, kita tukar bas Mara Liner tu jadi macam PPV bergerak”.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, di sini hari ini.

Tambahnya, tumpuan program vaksinasi di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli, JAKOA itu adalah di negeri-negeri seperti Perak, Pahang dan Kelantan yang mempunyai bilangan Orang Asli yang ramai.

Secara keseluruhannya, 172,155 Orang Asli layak divaksin.

Ia membabitkan golongan dewasa seramai 144,180 orang dan 27,975 golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Jelas Mahdzir, Program Vaksinasi Orang Asli ditetapkan mencapai 100 peratus pada akhir bulan November tahun ini.

“In Shaa Allah kita akan teruskan program outreach ini untuk membolehkan kita dapat semua sekali.”

Ditanya mengenai adakah 56,639 Orang Asli yang belum divaksin itu menolak untuk divaksin, Mahdzir berkata masyarakat Orang Asli menerima baik Program Vaksinasi Kebangsaan.

“Mereka belum dapat vaksin, bukan menolak, sebab nak sampai mereka ni tinggal jauh di pedalaman, jadi kita sedang usahakan, pegawai JAKOA sedang berusaha untuk membuatnya, ada tempat yang nak pergi sehingga empat jam, ada yang Yang Berhormat Timbalan Menteri terpaksa pergi dengan helikopter.”

Mengenai bekalan vaksin pula, Mahdzir berkata, bekalan untuk keseluruhan Orang Asli yang layak divaksin sudah mencukupi termasuk vaksin jenis Cansino yang digunakan untuk penerima satu dos di kawasan jauh di pedalaman dan sukar dimasuki.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat