Polis Tahan Exco Melaka Disyaki Terlibat Dengan Kumpulan Pengganas

AYER KEROH – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka ditahan pihak polis selepas dipercayai terlibat dengan upacara perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Perkara berkenaan disahkan sendiri Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

“Memang ada maklumat, seorang Exco kita ditahan pihak Bukit Aman pagi ini. Bagaimanapun, secara dasar, kita serahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Saya yakin Yang Berhormat (Exco) itu akan memberikan kerjasama penuh dan saya juga akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung tangkapan,” katanya.

Adly berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Exco di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Difahamkan, ADUN DAP berkenaan ditahan dan digari di pejabatnya di Seri Negeri sekitar jam 8.45 pagi ini.

Adly bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu, dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa, termasuk punca tangkapan.

LTTE merupakan kumpulan di Sri Lanka yang dianggap sebagai pengganas oleh beberapa negara.

Lain-lain berita;

Terkini! Adun DAP Negeri Sembilan Ditahan Polis Bawah Akta SOSMA

Bekas Isteri Terkilan Sumbangan Tidak Sampai Kepada Anak Arwah Mejar Zahir

Selepas Dikecam Ramai, Ahli Parlimen DAP Tarik Diri Bela Suspek Jual MyKad

Isu ‘Kongres Barua’: Mat Sabu Dakwa Tak Dengar Anwar Cakap Apa Kepada Mahathir

Skim Pencen Tiada Lagi Mulai 2020, Jimatkan Belanja Kerajaan – KP JPA

Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.