Anwar Kata Dia Dengar Pun Bunyi Macam Sebut ‘Barua’ – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Isu kenyataan ‘Kongres Barua’ masih belum reda di Dewan Rakyat apabila Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyindir Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, beliau ada bertemu dengan Anwar di kantin Parlimen dan bertanyakan hal itu.

Beliau berkata Anwar menjawab; “Dia kata dia dengar-dengar memang terasa macam (bunyi sebutan) barua, dia kata.

“Tapi sebenarnya dia kata maruah, itu jenaka dia dengan Tun. Sebab itu jadi viral jadi saya fikir dia kena buat penjelasan.

“M dengan B tu jauh beza ya,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Anwar semalam menempelak golongan yang memviralkan video berdurasi 22 saat selepas sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), di Putrajaya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga memberikan amaran kepada semua pihak supaya tidak memfitnahnya kerana beliau tidak menyebut perkataan “barua” yang merujuk Kongres Maruah Melayu dalam satu klip video tersebar sejak semalam.

“Itu semua politik bangang,” katanya di lobi Parlimen semalam.

Satu klip video yang tersebar di media sosial menunjukkan Anwar bergurau kepada Mat Sabu dengan berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih bersemangat selepas menghadiri Kongres Maruah Melayu pada Ahad lalu. -MalaysiaGazette

Berita berkaitan;

Video: SUA Anwar Berang Khairuddin Tuduh Anwar Sebut ‘Kongres Barua’ Depan Mahathir

Isu ‘Kongres Barua’: Mat Sabu Dakwa Tak Dengar Anwar Cakap Apa Kepada Mahathir

Lain-lain berita;

Terkini! Polis Tahan Exco Melaka Disyaki Terlibat Dengan Kumpulan Pengganas

Terkini! Adun DAP Negeri Sembilan Ditahan Polis Bawah Akta SOSMA

Terkini! Bekas Isteri Terkilan Sumbangan Tidak Sampai Kepada Anak Arwah Mejar Zahir

>> Selepas Dikecam Ramai, Ahli Parlimen DAP Tarik Diri Bela Suspek Jual MyKad

>> Menteri Disaran Dapatkan Petua Turun Harga Minyak Daripada Anwar dan Rafizi

>> Pemuda India Sakit Hati Tengok Mahathir Membebel Tuduh Melayu Malas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.