Adun DAP Negeri Sembilan Ditahan Polis Bawah Akta SOSMA

SEREMBAN – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan ditahan sepasukan anggota polis Bukit Aman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), pagi tadi.

Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Teo Kok Seong, mengesahkan perkara berkenaan dan berkata ADUN berkenaan ditahan di rumahnya di Kampung Baru Rahang jam 9.58 pagi.

Beliau mengakui terkejut apabila dimaklumkan penahanan berkenaan itu dan jelasnya beliau akan cuba sedaya upaya membantu dengan beri bantuan guaman untuk pastikan ADUN berkenaan dapat dibebaskan.

Katanya, buat masa ini pihaknya tidak pasti faktor penahanan ADUN itu dan akan mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis Bukit Aman.

Menurutnya, beliau berharap polis dapat melakukan siasatan secepat mungkin agar ADUN itu dapat dibebaskan dalam waktu terdekat.

Sehubungan itu katanya, masyarakat diharap bertenang dan tidak buat sebarang spekulasi dengan memberi masa kepada polis untuk jalankan siasatan.

Berita berkaitan; Polis Tahan Exco Melaka Disyaki Terlibat Dengan Kumpulan Pengganas

Difahamkan, ADUN berkenaan ditahan oleh kira-kira 15 lelaki dengan sebahagian daripada mereka memakai topeng dipercayai anggota polis dari Bukit Aman menyerbu kediaman di Kampung Baru Rahang, pagi tadi.

Satu surat pemakluman dikemukakan tangkapan yang tertulis dia ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Polis yang bersenjata api itu kemudian membawa ADUN terbabit ke pejabatnya di Taman Seremban Jaya dan melakukan pemeriksaan. – Awani

Lain-lain berita;

Anwar Kata Dia Dengar Pun Bunyi Macam Sebut ‘Barua’ – Tuan Ibrahim

>> Bekas Isteri Terkilan Sumbangan Tidak Sampai Kepada Anak Arwah Mejar Zahir

>> Selepas Dikecam Ramai, Ahli Parlimen DAP Tarik Diri Bela Suspek Jual MyKad

>> Menteri Disaran Dapatkan Petua Turun Harga Minyak Daripada Anwar dan Rafizi

>> Pemuda India Sakit Hati Tengok Mahathir Membebel Tuduh Melayu Malas

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.