Zahid & Anak Selesai Beri Keterangan Kepada SPRM

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah selesai memberikan keterangan hampir lapan jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Anaknya, Nurulhidayah Zahid Hamidi juga turut selesai memberikan keterangan berkaitan siasatan penyelewengan dana sebuah yayasan.

Zahid memaklumkan perkara ini menerusi laman sosial Twitternya beserta gambar bersama Nurulhidayah dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas doa yang dikirimkan buat beliau.

Nurulhidayah juga turut memuat naik gambar bersama Zahid menerusi laman Instagramnya dengan melafazkan rasa syukur proses memberi keterangan sudah selesai dan akan tetap bersama serta menyokong ayahnya berkaitan siasatan dana yayasan.

Memetik laporan Berita Harian, proses merakam keterangan Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri bermula kira-kira jam 10 pagi sebelum beliau yang diiringi beberapa individu beredar dari ibu pejabat bangunan badan pencegah rasuah itu di sini, pada jam 5.40 petang.

Zahid yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Lexus putih tiba di pekarangan lobi ibu pejabat SPRM kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Ini kali ketiga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu diarahkan hadir ke ibu pejabat SPRM untuk dirakam keterangan dengan kali pertama dan kedua beliau hadir adalah pada 2 dan 3 Julai lalu.

 

3 thoughts on “Zahid & Anak Selesai Beri Keterangan Kepada SPRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.