VIDEO: Tarik Video Atau Saya Saman, Kata Exco Melaka

KUALA LUMPUR – Exco Melaka yang memegang portfolio Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Norhizam Hassan Baktee memberi amaran agar videonya yang sejak semalam tular di media sosial diturunkan dalam tempoh 24 jam.

Jika sebaliknya Norhizam mengugut akan menyaman individu yang bertanggungjawab memuat naik videonya berhadapan dengan 20 penduduk Kampung Pulau Nibong.

“Saya bagi tempoh 24 jam kepada mereka yang viral kan saya kalau mereka terus viralkan saya akan saman mereka dalam masa yang terdekat ini amaran saya kepada mereka kalau tak tahu jangan tuduh,” katanya menerusi video MelakaKini

Jelasnya, tindakannya menaikkan suara kepada lebih kurang 20 penduduk yang tidak berpuas hati terhadap penutupan jalan alternatif di Taman Akasia Pangkalan Batu berpunca daripada provokasi yang dimulakan terhadapnya.

Justeru ADUN Pangkalan Batu itu menyifatkan tidak adil untuk membuat tuduhan kepadanya tanpa usul periksa.

“Selidik dulu apakah kewajarannya tak akan saya sebagai Exco nak bersifat biadap.

“Saya buat kerja saya berdepan dengan 20 orang yang buat provokasi jadi saya hadaplah.

Suara mereka tinggi saya kena tinggikan suara itu sahaja. Saya tidak cakap benda- benda saya tidak maki keluarkan kata-kata macam orang tak sekolah itu sahaja,” jelasnya yang menegaskan tidak menggunakan ayat kasar atau memaki hamun.

Terdahulu video Norhizam bertekak dengan sekumpulan penduduk menjadi tular sejak semalam dan kemudiannya mengundang respon negatif netizen.

Ini kerana Norhizam juga melontarkan kata-kata agak kurang sopan dengan melabel penduduk yang bertekam dengannya sebagai ‘tidak sekolah’. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.