VIDEO: Pengundi Perlukan ADUN DAP, Cara UMNO Dah Kolot

SHAH ALAM – Rakyat atau pengundi tidak perlu mengecam sikap biadap ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee kerana mereka sendiri yang telah memberi mandat kepada wakil rakyat DAP itu sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Dengan nada menyindir, Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad berkata, wakil rakyat seperti Norhizam adalah yang menjadi dambaan rakyat Malaysia Baharu hari ini.

“Kita tak perlu salahkan beliau, marahkan beliau, cerca beliau, atau kecam beliau. Kerana inilah Yang Berhormat (YB) yang didambakan oleh Malaysia Baru

“Kita mahukan wakil rakyat seperti ini. Wakil rakyat yang jenis suka maki hamun orang, yang serang orang tua.. inilah wakil rakyat idaman masa kini.

“Pilihlah orang seperti ini… seperti Mujahid, seperti Khalid Samad. Esok, budaya seperti fitnah, yang menanam kebencian, pilihlah orang seperti mereka ini.

“Tapi wakil rakyat UMNO yang berjuang, turun padang, yang beri bantuan sekolah, yang ambil tahu sakit pening….semua ini tak relevan lagi dah,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sikap biadap Norhizam sebagaimana yang tular menerusi klip video semalam.

Norhizam yang juga Exco pertanian, Pembangunan Usahawan & Industri Asas Tani Negeri Melaka semalam bertekak dengan sekumpulan penduduk berkaitan isu penutupan sebatang jalan yang menghubungkan Taman Akasia-Kampung Pulau Nibong.

Ketika pertemuan bagi membincangkan penutupan jalan pintas itu, beliau seoalah-olah berlagak samseng dan mengherdik penduduk kawasan berkenaan sebagai ‘tidak sekolah’.

Video kelakuan biadap tersebut menjadi viral sekaligus mengundang kecaman netizen.

“Kalau nak guna asbab penutupan jalan, wakil rakyat ini sepatutnya selesaikan masalah. Seperti UMNO dulu penyelesaiannya menarik rambut dalam tepung. Jadi pendapat saya, teruskanlah budaya Malaysia Baru seperti ini,” demikian sindir Wan Indra lagi. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.