Netizen Tegur Menteri Pendidikan Lupa Peperiksaan Percubaan SPM 2018 Sudah Berakhir

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kena ‘troll’ di laman Twitter gara-gara baru memuat naik poster ucapan ‘Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2018’ sedangkan peperiksaan itu sudah lama berakhir.

Poster tersebut dimuatnaik malam kelmarin pantas mendapat reaksi netizen yang secara sinis menegur ‘keterlanjuran’ Menteri Pendidikan itu.

“Hello YB, saya dari masa depan. Sebenarnya tarikh percubaan SPM 2018 telah lama berakhir. YBM ketinggalan keretapi atau apa? Tidak cakna sungguh pegawai YBM untuk memberi nasihat,” komen Don Juan deRyezal @khairulryezal di status tersebut.

“Hello YB, you mamai lagi ka? In fact bebudak sbp (sekolah berasrama penuh ~ in case you tak tatau) dah ambik dua trials, trial negeri dan trial sbp, keputusan untuk both trials pun dah keluar and dah masuk SAPS (tau ke apa saps ni?). WHY ARE YOU SO IGNORANT,” ujar Dynamite @Sense9876 pula.

“Result pun ada yang dah dapat yb. Dah siap isi borang ipts dah,” kata Zamzuri di status yang sama.

Semakan jadual peperiksaan beberapa buah sekolah turut mengesahkan peperiksaan percubaan SPM itu telah selesai dilaksanakan pada Ogos dan September lepas.

Berdasarkan takwim Kementerian Pendidikan, pelajar Tingkat Lima di seluruh negara akan menghadapi peperiksaan sebenar SPM 2018 bermula 13 Nov hingga 13 Dis 2018. – SuaraTV

One thought on “Netizen Tegur Menteri Pendidikan Lupa Peperiksaan Percubaan SPM 2018 Sudah Berakhir

  • October 10, 2018 at 3:56 pm
    Permalink

    65% pengundi melayu, 36% pengundi cina, india dll. sudah 2 penggal pengkalan batu di pegang dap. yb norhizam, yb baru dr dap yg menang. tengoklah sape yg pangkah dia. nak sangat kan…padan muka korang…x payah nk meroyanlah dapat yb perangai mcam nih. 5 tahun lg undi lah dia lagi ye…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.