Menteri Kewangan Sekarang Sekadar Pakar Jual Aset – Najib

Dengan menggunakan alasan hutang negara ialah RM1 trilion, kerajaan sudahpun mengumumkan bahawa bajet untuk 2019 bakal mengenakan lebih banyak cukai dan akan ada langkah menjual tanah dan aset negara.

Tony Pua yang merupakan pembantu khas kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menjelaskan lagi bahawa kerajaan akan jual (cairkan) aset dan saham Khazanah dan PNB untuk “membayar hutang”.

Semasa saya menjadi perdana menteri, aset Khazanah telah naik dari RM33.7 bilion dari akhir 2008 kepada RM115.7 bilion pada akhir tahun 2017 manakala aset PNB naik dari RM120 bilion kepada RM279.2 bilion.

Bila disebut PNB iaitu pemegang ASN, ASB dan sebagainya, ramai pencarum mungkin marah apabila kerajaan mengumumkan mahu cairkan aset PNB tetapi ramai yang tidak tahu bahawa PNB juga menguruskan dana sendiri yang dipanggil “propriety funds” selain dari mengurus dana pencarum.

Dana PNB sendiri, iaitu aset negara, telah naik dari sekitar RM12 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM43.9 bilion pada akhir 2017.

Penjualan aset negara terutama aset dalam bentuk saham disenarai adalah langkah yang paling mudah untuk diambil. Hari ini umum, esok boleh jual.

Tetapi adakah langkah ini bijak dan telah dikaji dengan betul?

Kita patut mengimbangi kos berbanding kebaikan (cost vs benefit) sebelum membuat sesuatu keputusan.

Bukan pandai pun

Hutang kerajaan kebanyakannya adalah dalam bentuk bon ataupun sukuk. Kadar faedah ke atas bon-bon ini adalah sekitar 3.6 peratus setahun.

Purata kadar pertumbuhan aset dalam Khazanah ialah 9.6 peratus setahun manakala PNB ialah 9.2 peratus setahun – jauh lebih tinggi dari kos faedah hutang.

Saya beri contoh: pada tahun 2008, aset Khazanah ialah RM33.7 bilion. Jika kita jual keseluruhan aset Khazanah pada tahun itu, kita dapat mengurangkan hutang negara sebanyak RM33.7 bilion.

Ia juga bermaksud kita akan mengurangkan beban faedah hutang sebanyak RM1.2 bilion setahun jika kadar riba ialah 3.6 peratus – iaitu penjimatan RM10.1 bilion untuk tempoh sembilan tahun sehingga akhir tahun 2017.

Oleh kerana pada masa itu kita tidak jual aset Khazanah, asetnya meningkat dari RM33.7 bilion kepada RM115.7 bilion pada akhir tahun 2017 – iaitu keuntungan RM82 bilion.

Pilihan mana yang lebih bijak?

Keuntungan RM82 billion ataupun penjimatan RM10.1 bilion?

Adakah langkah untuk menjual aset negara hari ini seumpama menggadai masa depan negara bagi menampung langkah populis kerajaan hari ini?

Menteri kewangan kita sebenarnya pakar jual aset. Semasa dia ketua menteri Pulau Pinang, dia banyak jual tanah, hak tanah dan saham milik kerajaan negeri untuk menunjukkan lebihan bajet (budget surplus) setiap tahun walaupun perbelanjaan tahunan kerajaan negeri naik sebanyak 3 hingga 4 ganda lebih banyak selama 10 tahun itu.

Sekadar nak jual aset, bukan pandai pun.

Meningkatkan ekonomi negara yang akan turut melonjakkan hasil kerajaan ialah langkah yang patut diambil.

Saya masih tegas berpendirian bahawa hutang negara bukanlah RM1 trilion.

Langkah populis

Laporan dari ketiga-tiga agensi penarafan kredit antarabangsa di dunia dan Bank Dunia baru-baru ini pun tidak memberi angka hutang kita ialah RM1 trilion. BNM sendiri pun tidak meletakkan angka ini sebagai hutang negara rasmi.

Masalah pokok ialah langkah-langkah populis seperti tempoh bebas cukai tiga bulan (tax holiday), bertukar dari GST ke SST yang menyebabkan pengelakan cukai berleluasa dan mengembalikan subsidi pukal yang nyata banyak ketirisan telah menyebabkan kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion.

Akibat dari langkah-langkah ini, rakyat pula digesa untuk berkorban dan mendepani kesusahan.

Apa yang saya risau ialah, penjualan aset-aset dan tanah negara ini bukan untuk mengurangkan hutang tetapi untuk menampung kehilangan hasil RM40 bilion ini.

Kita sama-sama tengok bajet yang akan datang ialah bajet lebihan ataupun bajet defisit. Jika defisit maksudnya, penjualan aset dan tanah ialah untuk menampung kehilangan hasil dan bukan untuk mengurangkan hutang.

 

Tulisan Datuk Seri Najib Tun Razak

4 thoughts on “Menteri Kewangan Sekarang Sekadar Pakar Jual Aset – Najib

  • October 11, 2018 at 8:43 pm
    Permalink

    kau dulu tk jual ker? cop org.. buat salah tk sedar?? haprak?? rosak kurap kudis musnah hancur???? tahniah lge menteri kewangan.. u the best… tk curi duit!!! tk tipu..tk songlap???

    Reply
  • October 11, 2018 at 8:46 pm
    Permalink

    lge jujur amanah wibawa tk tipu rompak Rembat duit??? kau sakit hati ker lge jadi menteri duit? syabas lge ….

    Reply
  • October 11, 2018 at 8:47 pm
    Permalink

    lge sejuta kali lebih baik bagus jujur amanah….!!! tk mcm korang korup curi duit.!!!

    Reply
  • October 17, 2018 at 1:01 am
    Permalink

    Sampah… sedar diri weh??? Bongkak takbur sombong bodoh!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.