Jual Aset & Tanah Negara Untuk Langsai Hutang Atau Tampung Kehilangan RM40 Bilion?

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutamanya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai keputusan untuk menjual aset dan tanah kerajaan bagi melangsaikan hutang negara yang mencecah angka RM1 trilion.

Najib melalui penulisannya di blognya berkata, beliau menegaskan hutang negara tidak mencecah RM1 trilion seperti yang didakwa dan tindakan penjualan atau pencairan aset termasuk mengenakan cukai yang lebih tinggi selepas ini adalah berkemungkinan untuk menampung jumlah kehilangan RM40 bilion ekoran dari penarikan semula cukai selama tiga bulan.

Disebabkan itu, ramai pihak telah membuat pengelakan pembayaran cukai seterusnya menyebabkan kehilangan jumlah wang hasil negara yang lebih tinggi.

“Laporan dari ketiga-tiga agensi penarafan kredit antarabangsa di dunia dan Bank Dunia baru-baru ini pun tidak memberi angka hutang kita ialah RM1 trilion. BNM sendiri pun tidak meletakkan angka ini sebagai hutang negara rasmi.

“Masalah pokok ialah langkah-langkah populis seperti tempoh bebas cukai tiga bulan (tax holiday), bertukar dari GST ke SST yang menyebabkan pengelakan cukai berleluasa dan mengembalikan subsidi pukal yang nyata banyak ketirisan telah menyebabkan kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion,” tulis Najib.

Najib menegaskan lagi tindakan yang bakal dibuat oleh kerajaan ini akan membebankan rakyat dan menyebabkan rakyat terpaksa berkorban untuk negara dan bukan sebaliknya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan penjualan aset dilihat sebagai tindakan yang bijak atau tidak sebagai alasan untuk membayar hutang negara serta sudah dikaji dengan mendalam akibat dari keputusan tersebut.

Ini kerana, penjualan aset negara bakal menimbulkan kemarahan rakyat terutamanya melibatkan pencairan aset Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Penjualan aset negara terutama aset dalam bentuk saham disenarai adalah langkah yang paling mudah untuk diambil. Hari ini umum, esok boleh jual.

“Tetapi adakah langkah ini bijak dan telah dikaji dengan betul? Kita patut mengimbangi kos berbanding kebaikan (cost vs benefit) sebelum membuat sesuatu keputusan,” tulisnya lagi.

Najib turut mengkritik Lim Guan Eng sebagai menteri yang hanya tahu untuk menjual aset dan harta sahaja bagi memperlihatkan jumlah lebihan bajet (budget surplus) setiap tahun.

“Menteri kewangan kita sebenarnya pakar jual aset. Semasa dia ketua menteri Pulau Pinang, dia banyak jual tanah, hak tanah dan saham milik kerajaan negeri untuk menunjukkan lebihan bajet (budget surplus) setiap tahun walaupun perbelanjaan tahunan kerajaan negeri naik sebanyak 3 hingga 4 ganda lebih banyak selama 10 tahun itu. Sekadar nak jual aset, bukan pandai pun,” kritik Najib.

Justeru itu, Najib mahu rakyat melihat pembentangan bajet akan datang oleh kerajaan sama ada ia adalah bajet lebihan atau bajet defisit bagi menampung kehilangan hasil.

 

2 thoughts on “Jual Aset & Tanah Negara Untuk Langsai Hutang Atau Tampung Kehilangan RM40 Bilion?

  • October 11, 2018 at 8:52 pm
    Permalink

    kau lagi teruk? ckp orang!! da tlde modal ke? perasan ke ..!! korup kurap kudis..haprak..

    Reply
  • October 11, 2018 at 8:54 pm
    Permalink

    tunggulah kes kau..! tk dpt lari punya?? tk guna..!! penipu perompak penyamun!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.