Harga Minyak Dunia Susut

TOKYO – Harga minyak susut hari ini selepas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak turun unjuran pertumbuhan global.

Bagaimanapun, harga disokong penutupan hampir 40 peratus pengeluaran minyak mentah di Teluk Mexico disebabkan Taufan Michael beralih ke arah Florida.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut dua cent kepada AS$84.98 setong pada 0049 GMT, selepas mencatat kenaikan 1.3 peratus pada Selasa.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) susut sebanyak 16 cent atau 0.2 peratus kepada AS$74.8 setong, selepas meningkat hampir satu peratus pada sesi sebelumnya.

Pada Selasa, IMF menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global bagi tahun ini dan 2019, yang mana ia berpotensi memacu permintaan terhadap minyak dan produk berkaitan.

Langkah itu disebabkan ketegangan perdagangan dan peningkatan tarif import yang akan dilaksanakan, sementara pasaran baharu muncul bergelut dengan situasi kewangan dan aliran keluar modal yang lebih ketat, kata IMF.

“harga sedang meningkat pada masa yang amat baik memandangkan naratif pertumbuhan global yang semakin merosot,” kata Ketua Perdagangan OANDA di Asia Pasifik, Stephen Innes.

Di AS, hampir 40 peratus pengeluaran harian minyak mentah berkurangan daripada telaga luar pesisir Teluk Mexico disebabkan pemindahan dan penutupan platform menjelang badai daripada Taufan Michael.

Pengeluar minyak mentah memindahkan kakitangan daripada 75 platform ketika ribut melanda bahagian tengah Teluk Mexico yang kini beralih ke kawasan darat di Panhandle, Florida. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.