Bekalan Air Beberapa Kawasan Di Selangor Akan Pulih Secara Berperingkat

BEKALAN air di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan pulih secara berperingkat seawal 9 pagi tadi.

Ia selepas kerja-kerja penggantian peralatan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih siap dilaksanakan, semalam.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, LRA Sungai Semenyih sudah kembali beroperasi.

“Beberapa kawasan pulih lebih awal daripada yang dijangkakan antaranya Bangi, Kajang dan beberapa lagi.

“Faktor lokasi geografi dan altitud premis pelanggan yang berbeza juga turut mempengaruhi pemulihan bekalan air ini,” katanya.

Bagi kawasan yang masih belum pulih boleh mendapatkan sebarang bantuan di Pusat Khidmat Setempat (PKS) berhampiran premis masing-masing.

Pelanggan dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini mengenai status bekalan air dengan menyemak saluran komunikasi rasmi Air Selangor.

Ia termasuk laman web www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.