‘Wanita Itu Bukan Saya!’

JOHOR BAHRU – Seorang gadis yang didakwa menyebabkan dua orang anggota peronda unit rondaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat ditukarkan serta merta selepas gambar mereka memegang tangan tular semalam, tampil membela diri.

Di instagram, gadis yang didakwa tular semalam, menafikan dirinya bukan individu di dalam gambar tersebut.

Katanya, salah faham timbul selepas dia memuatnaik gambar tersebut di instagram.

“‘Wanita itu bukan saya’ I memang suka police . Tapi bang tangan tu lepas lah. Saya nak balik. Actually guys . This is not me . Sebab ramai sngt kawan2 i dm i ws i wechat i sent this picture . And ask me “ is it me “ and sorry again she not me . that’s all .

Menurutnya, ini kerana gara-gara dia memuatnaik gambar seorang anggota peronda sedang memegang tangan wanita sehingga dia dikecam teruk pengikut Instagramnya sehingga ada yang salah faham wanita tersebut adalah dirinya.

Wanita yang menggunakan gelaran Bebyluerena ini menafikan perkara tersebut setelah ramai rakan-rakan menghubunginya melalui Whatsapp dan Wechat.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Khader Mohd menegaskan terdapat dua anggota polis di dalam kereta tersebut dan kita menyiasat kedua-duanya.

Dua anggota berkenaan juga telah dikeluarkan dari unit rondaan sementara menunggu siasatan tatatertib dijalankan bagi mengenal pasti kejadian itu.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.