Video: Jamal Beri Aiskrim Tanda Bantah Pesta Arak

AMPANG – Pengerusi Gabungan Pertubuhan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos hari ini melancarkan ‘RoadShow Dapat Aiskrim Percuma (DAP)’ di sekitar selangor.

Menurut beliau, Roadshow ini diadakan sebagai tanda bantahan terhadap Pesta Arak yang didakwa akan dilakukan di Selangor serta menggesa agar Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali menyatakan pendiriannya terhadap Pesta arak tersebut.

“Kami akan mengadakan kempen ini setiap hari di Selangor sehingga Azmin menyatakan pendirian secara jelas berhubung pesta arak.

“Dan saya juga mengedarkan ais krim buatan tempatan ini, agar orang lain juga mendapat manfaat,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan ‘Roadshow tersebut di Ampang Point Tadi.

Tambah beliau lagi, lokasi seterus Roadshow itu adalah di Gombak yang merupakan kawasan parlimen Menteri BEsar Selangor itu sendiri.

Beliau yang baru sahaja bebas daripada tahanan polis pada mingu lepas terus mengumumkan mengadakan festival Aiskrim ini sebagai ganti kepada Pesta Arak.

Minggu lalu, Jamal serta beberapa orang individu telah ditahan polis ekoran daripad tindakan mereka yang memecahkan botol arak di hadapan pintu utama bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di Shah Alam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.