Terbabas, Kereta Siswa UUM ‘Tersangkut’ Di Tembok Klinik

CHANGLUN — Sebuah kereta yang dipandu seorang siswa terbabas sebelum “terbang” dan “tersangkut” di tembok sebuah klinik kesihatan.

Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), 21, merempuh tembok itu ketika mahu ke klinik tersebut bagi mendapatkan rawatan fisioterapi, lapor Metro.

Seorang saksi berkata siswa jurusan matematik perniagaan berasal dari Subang Jaya itu kemudian diselamatkan orang ramai dalam kejadian jam 9.50 pagi.

Nor Azila Ahmad, 28, berkata dentuman kuat pelanggaran itu menyebabkan kakitangan dan pesakit di premis tersebut, gempar.

“Orang ramai termasuk kakitangan klinik bergegas keluar melihat apa yang berlaku dan melihat kereta tersangkut di tembok pagar klinik,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.