‘Saya Tunggu Saman Dari Azmin Ali’-Jamal Yunos

AMPANG – Pengerusi Gabungan Pertubuhan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos menegaskan bahawa beliau tidak kisah sekiranya Menteri Besar Selangor,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ingin menyaman ini.

Hal ini ekoran daripada tindakannya yang menggunakan Gambar seakan Azmin Ali untuk kempennya.

“Saya alu-alukan Azmin Ali saman saya, ambil tindakan terhadap saya supaya kita boleh dedahkan adakah gambar tersebut, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

“Biarlah pembicaraan penuh dalam mahkamahkerana saya ingin membongkar gambar itu.

“Selama ini gambar tersebut hanya tersebar tetapi tidak ada orang yang membongkarnya,”katanya ketika ditemui media selepas melancarkan ‘RoadShow Dapat Aiskrim Percuma (DAP)’ di sekitar selangor.

Menurut beliau lagi, beliau merupakan seorang yang berani dalam apa sahaja akibat kesan daripada tindakannya itu kerana ia merupakan matlamat hidupnya.

“Saya bersedia untuk menerima apa sahaja tindakan terhadap apa yang saya lakukan.

“Saya tidak membaling batu bersembunyi tangan kerana ini adalah prinsip saya,”ujarnya.

terdahulu, Jamal sekali lagi tampil membuat gimik dengan mengedarkan aiskrim di luar perkarangan Ampang point sambil membawa motorsikal berkuasa tinggi.

Ini merupakan susulan daripada provokasi yang dilakukan ekoran daripada pesta arak yang dikatakan akan berlangsung di Selangor.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.