‘Penampilan Sulung SPRM Dalam Teater Disambut Baik’

Bahara Emas merupakan teater pertama dipentaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menurut ketua pengarahnya Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

“Malah sambutan difahamkan sangat luar biasa,” kata beliau selepas pra tonton teater Bahara Emas hari ini.

Bahara Emas, sebuah drama berkisahkan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka pada 1511 ke tangan penjajah Portugis akan dipentaskan dari 19 Oktober hingga 22 Oktober 2017 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.

Produser pementasan Siti Rohayah Attan mengumumkan sebanyak 95 peratus tempat duduk telah dijual.

SPRM menjangkakan jumlah hadirin seramai 2,400 akan hadir menonton pementasan anti rasuah ini.

Dalam sidang akhbar Dzulkifli menjelaskan mengenai pemilihan jalan cerita itu.

“Sehebat negara yang ada, kalau dilingkari oleh isu-isu rasuah dan salah guna kuasa, negara akan runtuh, kita nak memastikan negara kita bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa,” kata beliau.

Teater ini dipentaskan bersama oleh CTRA Production, DBP, Istana Budaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Bahara Emas juga menampilkan para pelakon seperti Jalaluddin Hassan, Esma Daniel, Farahdhiya Amir, Izzue Islam, Amar Asyraf and Along Eyzendy.-Malaysikini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.