Peminat Spekulasi Hanis Zalikha Hamil Anak Kedua?

Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha telah dimasukkan ke hospital.

Menurut perkongsian di laman sosial Instagram milik Hairul Azreen lewat malam tadi, Hanis yang kelihatan pucat sedang dirawat di atas katil sebuah hospital sambil ditemani anak mereka, Yusuf Iskandar.

“Birthday girl masuk hospital. Get well soon Hanis Zalikha,” tulis Hairul berserta emoji sedih.
 
Tambah Hairul, Hanis terpaksa ditahan di wad selama beberapa hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Rasanya hari ini Hanis masih belum boleh keluar lagi, kena tinggal tiga hingga empat hari lagi,” tulis Hairul dalam perkongsian gambar terbaharu, lapor Gempak.
 
Sebelum dimasukkan ke hospital, Hanis diraikan dalam sebuah sambutan sederhana bersama kenalan rapatnya di sebuah kafe di ibu kota.

Bagaimanapun, selepas Hairul memuatnaik gambar Hanis di hospital, peminat pasangan itu mendoakan agar kesihatan pengacara itu kembali pulih seperti sediakala.

Namun, ada juga peminat yang membuat spekulasi nakal bahawa pelakon drama Mama Mama Mia itu sedang hamil anak kedua.

“Yeay Yusuf nak dapat adik lagi,” tulis @mariatunfaharol.

“Baby Maldives? Get well soon dan tahniah,” tulis @_littlemissaisyahaurora.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Yusuf Iskandar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.