Pembukaan Restoran Berkonsep Digitalnya Pertama Oleh Pizza Hut Malaysia

PETALING JAYA 10 Okt. – Pizza Hut Malaysia berharap pembukaan restoran berkonsep digitalnya yang pertama akan dapat memenuhi kepuasan pelanggan yang sentiasa inginkan perkhidmatan dan hidangan yang terbaik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd., Merrill Pereyra, restoran di Sunway Pyramid itu dikendalikan sepenuhnya secara digital, bermula dari pelayan yang mengambil pesanan, sehinggalah proses menyediakan pesanan pelanggan didapur.

Dan bagi pelanggan yang ingin membuat pesanan untuk dibawa pulang, tidak lagi perlu ke kaunter untuk membuat pesanan, kerana kiosk layan diri turut disediakan bagi membuat pesanan.

“Dalam membangunkan strategi digital ini, kami melihat kembali teras utama industri makanan, iaitu kepuasan pelanggan. Dan bagi kami, teknologi bertindak sebagai perantara yang memudahkan pelanggan membeli pizza kami,” kata Merrill sewaktu melancarkan restoran itu hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Pemasaran, Jean Ler dan Pengurus, Eric Leong.

Selain itu, untuk turut memudahkan pelanggan membuat pesanan online, satu aplikasi mudah alih turut dilancarkan.

“Aplikasi ini akan memudahkan pelanggan untuk membuat pesanan mereka, yang mana sebelum ini dilakukan menerusi laman web,” kata Merrill yang turut menambah, Pizza Hut Malaysia telah membelanjakan kira-kira RM2 juta bagi membangunkan perisian dan proses ubahsuai restoran ini.

Menurut Merrill lagi, ciri digital di restoran ini akan turut dikembangkan ke restoran lain miliknya dari masa ke semasa, terutamanya bagi restoren yang mempunyai jumlah pelanggan yang ramai. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.