Pasangan Kumpul Duit Syiling Selama 5 Tahun, Terkejut Jumlahnya Boleh Beli Sebiji Kereta

Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Prinsip itu yang dipegang teguh oleh pasangan suami isteri Moh Zaka (31) dan Agustine Wirastianingsih (31).

Tak sangka , duit syiling yang dikumpulkannya sejak 2010 kini telah mencapai belas ribu.

“Jangankan orang lain, saya sendiri pun tidak menyangka, boleh terkumpul sebanyak ini” kata Zaka .

Pada mulanya, Zaka dan Ningsih yang tinggal di Kampung Kemelagi, kabupaten Mojokerto secara tidak sengaja mengasingkan pertukaran duit lebih atau pertukaran duit kertas yang berbentuk duit syiling dan dikumpulkan dalam sebotol air mineral.

“Duit syiling kan kita boleh dapat dimana-mana. Saya serta isteri berbual ,apa kata kita kumpul kan sahaja,” kata Zaka.

Dari masa ke masa, botol air mineral kecil tidak dapat menampung duit syiling pasangan yang mempunyai tiga anak itu. Mereka pun memindahkannya ke botol air mineral saiz satu liter.

Hari, bulan dan tahun silih berganti, kebiasaan menabung mereka terus dijalankan seperti biasa. Beberapa botol air mineral saiz besar sudah berpuluh-puluh banyaknya. Zaka dan Ningsih mendapati mustahil untuk menggunakan botol itu.

“Akhirnya duit syiling tadi dipindahkan ke dalam galon. pada awalnya satu, dua, tiga, sehingga sekarang mempunyai 12 gelen berisi duit syiling,” ujar Zaka.

Pada akhir September 2017, Zaka dan Ningsih terpaksa membuka dan memecahkan 10 gelen syiling. Mereka berat hati untuk membuka galen tersebut Walau bagaimanapun, keadaan menyebabkan mereka terpaksa melakukannya.

Rumah ibu Zaka yang tinggal di Palembang terbakar, baru-baru ini. Pemilik tempat yang Zaka dan keluarga sewa juga merancang untuk menjual tanah yang disewa jika Zaka tidak segera membayar wang sewa berukuran 3.5 x 4 meter persegi.

Untuk memenuhi semua itu, pendapatan Rm25 hingga Rm37.55 sehari dari penjualan pulsa di depan rumahnya mungkin tidak cukup. Sementara itu, Ningsih hanyalah suri rumah.

“Jadi, sama ada mahu atau tidak saya terpaksa pecahkan 10 galon itu. Kalau ada rezeki dari Allah pasti ada sahaja . Pada awalnya saya berpikiran bergitu. Dan ternyata saya sama sekali tidak menyangka kesemuanya berjumlah Rm19,000.00,” ujar Zaka.

“Dengan wang bernilai berjumlah Rm19,000.00 itu , ia dapat digunakan untuk membeli satu unit kereta terpakai” kata Zaka

Dengan hati yang riang, Zaka segera menghantar sebahagian besar tabungannya kepada ibunya yang bersedih. Selebihnya, dia gunakan untuk menjelaskan bayaran sewa selama beberapa bulan dan untuk membiayai sekolah dua anaknya.

Setelah itu, keinginan Zaka dan Ningsih untuk menabung masih belum luntur. Dia bertekad untuk terus mengumpulkan duit syiling untuk masa depan keluarga, terutama anak-anaknya. Mungkin sampai penghabisan hidupnya.

Cerita menabung Zaka dan Ningsih dimuat naik ke akaun Facebook Ningsih, bernama ‘Agustine Ningsih’. Muat naik berupa teks, video dan foto itu dikongsi netizens sebanyak 16.526 kali. Muat naik itu diberikan emoticon sebanyak 11.494.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.