Muka Berbeza, Wanita Baru Jalani Pembedahan Plastik Tersangkut Di Lapangan Terbang

Tiga wanita yang telah menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan, tersangkut di lapangan terbang ketika mahu menaiki pesawat pulang ke China, disebabkan wajah mereka yang berbeza dengan gambar dalam pasport.

Ketiga-tiganya dalam proses penyembuhan semasa mahu menaiki pesawat. Muka mereka masih bengkak dan kepala mereka juga dibalut..

Disebabkan muka mereka berbeza dengan gambar dalam pasport, maka mereka tidak dibenarkan terbang balik ke China.

Tidak diketahui sama ada mereka akhirnya dibenarkan pulang ke China.

Dalam kes ini, pakar bedah plastik sepatutnya mengeluarkan surat bagi mengesahkan identiti pesakit mereka. Kes seumpama ini banyak berlaku kepada mereka yang bukan berasal dari Korea Selatan.

Menurut laporan, ada sesetengah hospital yang mengeluarkan surat terbabit untuk membolehkan pesakit mereka balik ke negara asal. Surat itu mengandungi nombor paspot pesakit, nama, hospital dan tempoh waktu mereka melawat Korea Selatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.