Model Dikecam Tak Cukur Bulu Ketiak, Kaki

Seorang model dari Sweden iaitu Arvida Bystrom, 26, telah menjayakan iklan kasut jenama antarabangsa dalam keadaan kakinya yang tidak dicukur dan dipenuhi bulu.

Perkongsian model Sweden itu telah menerima lebih daripada 34,000 likes. Rata-rata pengikutnya berkata dia sangat hebat dengan konsep sedemikian.

Berani menunjukkan siapa dirinya yang sebenar dan dia tidak mahu berpura-pura untuk kelihatan cantik.

Selain itu, Arvida juga mendapat pujian daripada pengikutnya ramai berani mencabar dirinya untuk sebaris dengan model-model lain yang dianggap sempurna oleh masyarakat.

Malah, jenama Adidas turut memuatnaik gambarnya di Instagram rasmi jenama terkenal itu dengan kapsyen, “Arvida Byström (@arvidabystrom) is an artist, photographer, model and cyber sensation. Known for her photography, which questions femininity and gender standards using so-called “girly” aesthetics. The #SUPERSTAR Bold Women’s is in stores now.”, petik MH.

Bagaimanapun, Ariva juga mendapat komen yang negatif yang mengelarnya gadis paling hodoh yang berbulu.

Arivida bukan pertama kali menerima ancaman terbabit. Malah model berkenaan pernah berdepan dengan kritikan selepas memuatnaik gambar dirinya tanpa mencukur bulu ketiak.

Malangnya, dia juga mendedahkan dia telah mendapat mesej di Instagram ugutan untuk dirogol dan dibunuh setelah iklan berkenaan diterbitkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.