Kes Gigitan Ular Di Indonesia Makin Banyak, Kerajaan Disarankan Melakukan Perkara Ini

Di Indonesia, terdapat 76 jenis ular yang berbisa. Jika terkena gigitannya, mangsa boleh menjadi lumpuh selain kehilangan nyawa.

Walaupun tidak terdapat data rasmi tentang kes gigitan ular,tapi jumlah mangsa yang dianggarkan dari gigitan ular mencapai sehingga 135,000 orang. Jumlah itu hanyalah yang dilaporkan ke hospital dan Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas), namun terdapat lebih banyak lagi yang tidak dilaporkan.

Pakar gigitan ular dan toksikologi Dr. Tri Maharani, berkata bahawa kerajaan Indonesia telah menganggap serius perkara ini dan mencari jalan keluar bagi kes gigitan ular ini. Hal ini diketahui setelah Tri bertemu dengan Kementerian Kesihatan beberapa hari lalu.

Susulan itu, kerajaan Indonesia sepakat untuk membuat sebuah program bagi menyelamatkan Indonesia dari gigitan ular.

Tri berkata, pertama sekali akan dilakukan penyelidikan ular di Indonesia oleh beberapa ahli herpetolog.

Sementara itu, Tri dan Remote Envenomation Consultant Service (RECS) Indonesia juga akan terlibat dalam pengendalian awal gigitan ular dengan melatih para doktor dan jururawat.

Hingga kini kerajaan hanya mempunyai satu anti bisa ular polivalen yang boleh digunakan untuk tiga jenis bisa ular. Idealnya, satu jenis ular ditangani dengan satu monovalen.

Untuk itu, penciptaan anti ular baru akan dilakukan oleh Bio Farma, Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia, dan universiti.

“Itu bukan bahagian saya. Tapi apa yang akan saya lakukan sekarang adalah membuat sebuah alat untuk mengesan bisa ular, kerana mengesan hanya boleh dilakukan oleh para doktor, “kata Tri.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Nila Djuwita Farid Muluk ketika ditemui berkata, program penyelamatan akibat gigitan ular akan memakan masa yang panjang. Untuk membuat serum, ia mengambil satu siri eksperimen untuk digunakan pada tubuh manusia.

“Ia adalah penyelidikan yang panjang dan lama. Selepas itu kita mesti membuat percubaan klinikal dan sebagainya, “kata Nila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.