Kejam…Wanita Diperkosa Depan Suami Dan Anak

Seorang wanita telah dirogol dengan kejam di depan suami dan anak lelaki mereka yang berusia dua tahun oleh empat suspek yang turut mengacukan pisau ke leher anak mereka.

Kejadian itu berlaku di Uttar Pradesh ketika mereka sekeluarga menaiki motorsikal dari perkampungan Basera sebelum dipintas oleh suspek yang menaiki kereta.

Suspek memberitahu bahawa jambatan Ganga telah rosak dan meminta mereka berpatah balik. Ketika itu mereka menyuruh motorsikal itu diletakkan ke tepi sebelum memukul suami mangsa.

Penjenayah itu juga mengheret tiga beranak itu ke ladang tebu.

“Ketika itu si suami diikat dan dia sangat tidak berdaya ketika melihat isterinya diperkosa oleh empat lelaki yang keji itu.

“Selepas itu, salah seorang daripada suspek telah mengacu pisau ke leher anak lelaki mereka dan mengancam untuk membunuhnya jika wanita itu menjerit. Mereka kemudiannya melarikan diri,” kata polis.

Seorang peladang yang melalui kawasan itu kemudiannya menghubungi talian kecemasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.