Isteri Irwansyah Letak Syarat Tidak Boleh Peluk, Cium Pelakon Wanita

Pelakon dan penyanyi popular Indonesia Irwansyah menafikan dakwaan dia meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita lain dalam sesebuah lakonan.

Menurut Irwansyah, dia tidak meletakkan sebarang syarat dalam lakonan namun masih mementingkan batas-batas sebagai seorang suami.

“Sebagai seorang suami sudah tentu saya akan menjaga batas-batas supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat dan penonton.

“Isteri ada juga meletakkan syarat kepada saya seperti tidak boleh berpelukan dan cium ketika dalam lakonan.

“Tetapi jika sekadar bersentuhan tangan itu tidak ada masalah asalkan ianya tidak mengundang apa-apa tanggapan negatif oleh penonton,” katanya lapor Gempak.

Irwansyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama Dia, bertempat di One Utama, Damansara, baru-baru ini.

Drama bersiri Dia akan disiarkan pada setiap Jumaat hingga Ahad, pada pukul 9 malam, bermula 14 Oktober ini di saluran TV3.

Selain Janna, drama itu juga turut menampilkan pelakon seperti Irwansyah, Izara Aishah dan ramai lagi.

Drama Dia mengisahkan tentang percintaan sejati Adit iaitu Irwansyah yang telah dijodohkan dengan Emelda (Izara Aishah) walaupun hatinya terlalu mencintai Aira (Janna Nick).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.