Gadis 18 Tahun Ini Kahwin Dengan Lelaki Kaya, Majlis Perkahwinan Mereka Lebih RM300,000

Setahun yang lalu, penduduk pernah dihebohkan tentang perkahwinan mewah dan sangat hebat di Indonesia. Penikahan itu melibatkan ahli perniagaan bernama Jaya Baramuli yang berusia 52 tahun dengan Andi Rahmaniar Idrus yang berumur 26 tahun.

Demi menikahi Rahmaniar, Jaya sanggup menyerahkan duit hantaran sebanyak RM190,600.

Kini, dari maklumat yang dikumpul oleh (Tribun-Timur.com Network), perkahwinan yang paling mewah pada ketika ini berharga lebih RM312,900 adalah dari pasangan Muh Fadel Russell yang berusia 19 tahun dengan pasangannya, Satriani Sahabuddin, 18.

Ibu Fadel, Miranda menceritakan, kedua pengantin lelaki bertemu semasa buat Umrah pada tahun 2013.

“Keluarga kami dan keluarga Satriani kebetulan buat umrah bersama empat tahun lalu, ketika itulah hubungan antara kami sekeluarga mulai dekat,” katanya semasa ditemui.

Selepas umrah, Fadel dan Satriani pernah terputus hubungan. Namun, pihak keluarga memberikan ruang bagi Fadel dan Satriani supaya lebih rapat.

“Mereka memang tidak ada hubungan istimewa, tapi dalam proses 6 bulan itu, mereka nampak saling suka dan mereka nampak sangat sepadan. Akhirnya, kami semua sepakat untuk menikahkannya,” kata pemilik Hotel Miranda itu.

Begitu juga dengan ibu Satriani, Heriani yang memberitahukedua mempelai memang tidak mempunyai hubungan yang istimewa.

“Kami dan keluarga pihak lelaki sangat rapat. Kebetulan juga mereka kelihatan sangat sepadan,” ujarnya.

Untuk pengetahuan, Fadel merupakan Pengurus Hotel Miranda dan Satriani merupakan anak perempuan pertama dari H Sahabuddin, seorang ahli perniagaan ternama di Pinrang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.