Video: Anaknya Mengadu Selalu Terbangun Jam 2 Pagi, Bapanya Pasang CCTV, Ternyata…..

Anak-anak memiliki karakter yang spontan dan tidak dijangkakan. Mereka kerap memiliki kebiasaan atau tabiat yang kadang-kadang sudah untuk kita fahami termasuk ibu bapanya sendiri.

Hal ini jugalah yang berlaku kepada seorang bapa, Cody Wray. Wray memiliki seorang anak lelaki berusia 6 tahun bernama Dylan Wray.

Dylan sempat membuat pengakuan yang tidak dijangka pada kedua orang tuanya. Dylan yang berasal dari Amerika Syarikat ini mengaku dia kadang-kadang terbangun pada waktu yang tidak sesuai.

Cody Wray dan Dylan Wray

Pada mulanya , Wray menyangka anak lelakinya hanya bangun lebih awal. Tapi, ternyata dugaan Wray dan isterinya salah.

Merasakan ada yang aneh, Wray memutuskan untuk memasang CCTV di rumahnya.

Lelaki tersebut memasang sebuah kamera di ruang keluarga. Ketika dia cuba untuk melihat apa yang berlaku,  Wray sangat terkejut. Wray mengaku melihat rakaman paling aneh yang pernah terakam dalam rumahnya.

Ketika pukul 2 pagi, sebuah kejadian tak terduga dirakam oleh kamera CCTV. Ada benda masuk ke ruang tamu dan seperti terlempar di sofa baru di ruangan itu.

Namun, ketika Wray cuba meneliti semula barulah dia perasan bahawa benda tersebut adalah anak lelakinya.

Aksi Dylan yang terekam kamera

Dylan nampak sangat bersemangat dan punya banyak tenaga. Dia berlari di sekitar sofa seperti kena rasuk. Dia juga melompat ke atas dan ke bawah sofa, berguling guling di sekitar ruang tamu.

Ini dengan serta-merta membuatkan Wray ketawa selepas melihat telatah anaknya yang tidak dijangka. Pergerakan Dylan sebenarnya kelihatan seperti pergerakan tarian yang cantik.

Bukan itu sahaja, Dylan turut berguling di tepi sofa dengan gaya yang dramatik.

Aksi Dylan yang terekam kamera

Pada saat itulah Wray memutuskan untuk memuat naik video anak lelakinya ini ke laman Facebooknya. Aksi Dylan tak sampai di situ sahaja, kanak-kanak tersebut juga berlari di sekililing dapur, menyala-matikan lampu.

Dia  juga sempat makan makanan ringan yang diambil dari peti sejuk. Seterusnya dia kembali ke ruang tamu dan meneruskan tindakan melompatnya.

Facebook capture

Di akhir video, Dylan mendekatkan wajahnya pada kamera. DiIa cuba metutup kamera itu daripada merakamkan aksinya, malangnya, rancangan itu tidak berjaya.


Setiap kali Wray dan keluarganya melihat video ini, mereka pasti rasa terhibur. Ramai juga  netizen yang turut terhibur melihat aksi lucu Dylan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.