Video : IOI Tak Mahu Bertanggungjawab Pembakaran Hutan Indonesia, Tak Benar Media Buat Liputan

KUALA LUMPUR – IOI tak mahu bertanggungjawab atas pembakaran hutan di Indonesia, kata Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali dengan panggilan Chegubard ketika ditemui di perkarangan IOI, Putrajaya, di sini pagi tadi.

 

Beliau berkata, pihaknya dan seluruh rangkaian NGO serantau mempersoalkan tentang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh rangkaian syarikat gergasi terbabit.

 

“Kami hadir atas alasan persoalan daripada banyak termasuk rangkaian NGO diperingkat negara-negara serantau. Khususnya yang terbaharu iaitu minyak sawit Malaysia disekat oleh aktivis sana.

 

“Ini sangat memalukan bagi kami nak menjawab bagi pihak Malaysia, kerana itu kami hadir untuk mendapat penjelasan dan menerangkan kepada semua yang bertanya kepada kami. Tapi pertanyaan ini apabila kami di semua media tak boleh nak ambil gambar. Dengan langsung dengan kasar (handphone) suruh simpan. Seorang doktor yang menjadi ketua daripada jabatan ‘sustainable department’ dekat sini dengan kasar dia rumus.

“Dia mudah sahaja dia kata ada pembakaran terbuka tetapi dia tak bertanggungjawab kerana itu dibuat daripada suplier kepada suplier kepada suplier dalam rangkaian dia, dan dia tak bertanggungjawab,”katanya.

 

Kata Chegubard, ini adalah sikap yang tidak bertanggungjawab ditunjukkan oleh syarikat itu.

 

“Jerebu dan jadi acara tahunan dan menyusahkan rakyat Malaysia dan akhirnya akan memberikan imej buruk kepada Malaysia.

 

“Kita datang hanya nak membantu memberi penerangan tetapi akhirnya kita diserbu dengan cara yang saya rasa cukup kasar dan tidak  langsung menggambarkan profesionalisma IOI itu sendiri,”katanya.

 

Tambahnya, beliau merakamkan rasa kesal dan akan memberikan masa 30 hari untuk datang dengan penjelasan.

 

“Terangkan terus kepada rakyat Malaysia. Pihak IOI akan tengok mobilisasi rakyat yang akan marah dengan jerebu ini,”ujarnya.

 

Menurut Chegubard, pihaknya sedang membina rangkaian untuk berbincang dengan Greenpeace di peringkat seranta.

 

“Kita ada beberapa cadangan untuk berdepan dengan isu ini dan kalau IOI masih terus gagal dan berkeras dengan sikap melepaskan diri ini, saya rasa kita dah ada beberapa perancangan dengan rangkaian NGO dan bersedia dengan tindakan serentak, dan tindakan ini dijangka akan menjadi tindakan serantau,”katanya.

 

Terdahulu, pihak SuaraTV turut tidak dibenarkan membuat liputan di IOI atas alasan yang sama.

 

Pada 27 Sept lalu, portal Greenpeace Antarabangsa melaporkan syarikat sawit gergasi Malaysia, IOI mengambil keuntungan dari kebakaran gambut, kemusnahan hutan dan terus memasarkan produk ke Eropah dan Amerika.
Minyak sawit yang dibekalkan oleh Kumpulan IOI dari kebun mereka sendiri dan pembekal pihak ketiganya di Indonesia mempunyai rekod buruk terhadap alam sekitar dan hak asasi manusia. IOI dianggarkan adalah syarikat sawit ketiga terbesar di dunia.

 

Para penyiasat Greenpeace Antarabangsa menganalisa data dari pembekal IOI sendiri dengan analisis satelit dan laporan dari organisasi-organisasi masyarakat sivil membongkar beberapa kumpulan syarikat yang berkaitan dengan masalah alam sekitar yang serius dan pelanggaran hak asasi manusia.

 

Penyelidikan yang dibuat Universiti Harvard dan Columbia yang disiarkan awal bulan ini menganggarkan lebih daripada 100,000 kematian awal di Indonesia, Malaysia dan Singapura akibat pencemaran yang tercipta daripada pembakaran hutan dan tanah gambut tahun 2015.

 

Bank Dunia menganggarkan kerugian akibat kebakaran hutan Indonesia pada tahun 2015 mencapai 16 bilion dolar Amerika – dua kali nilai tambah dari eksport minyak sawit Indonesia tahun 2014. Pada puncak kebakaran hutan tahun lalu, emisii CO2 Indonesia melebihi yang dihasilkan daripada keseluruhan ekonomi Amerika Syarikat.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.