Victoria Beckham Jaga Kulit, Makan Salmon 3 Kali Sehari

LOS ANGELES – Kecantikan bekas anggota Spice Girls yang juga isteri bintang bola sepak antarabangsa, David Beckham,Victoria Beckham sentiasa terserlah di sebarang majlis keramaian yang dihadiri.

 

Menurut laporan majalah Elle, Victoria mempunyai petua penjagaan bagi memastikan kulit wajah dan seluruh badannya terjaga.

 

“Saya bertemu dengan seorang pakar kulit di Los Angeles bernama Dr Harold Lancer. Sudah bertahun-tahun saya mengenali beliau dan katanya, kulit saya sedikit bermasalah.

 

“Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah berkenaan, saya perlu makan ikan salmon setiap hari. Saya bertanya kembali, ‘serius? setiap hari?’ Katanya, saya perlu makan ikan itu tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan malam,” kata Victoria.

 

Tambahnya, ikan salmon kaya dengan kandungan omega-3 dan amat baik untuk rawatan kulit.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.