Spielberg, Jack Ma Bawa Hollywood Ke China

BEIJING – Amblin Partners milik Steven Spielberg dan Alibaba Pictures Group Ltd, unit perfileman Alibaba Group Holding Ltd milik bilionair Jack Ma, akan bekerjasama mengeluar dan membiayai filem bagi tayangan global dan China.

 

Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan bersama berkata, pihaknya akan bekerjasama dalam aspek pemasaran, pengedaran dan pengkomersialan filem dikeluarkan Amblin Partner di China.

 

Amblin Partners menerbit filem, televisyen dan kandungan digital di bawah jenama Amblin Entertainment, DreamWorks Pictures dan Participant Media.

 

Syarikat gergasi China termasuk Dalian Wanda Group Co sedang meninjau untuk membawa masuk lebih banyak filem dan pembikinan filem Barat ke China dan pada masa sama meninjau peluang meluaskan jangkauan mereka di Hollywood, lapor Reuters.

 

Menurut pemerhati industri, pasaran China berkeupayaan menjamin mengekalkan permintaan tinggi terhadap filem keluaran Hollywood.

 

Mereka menjangka China akan mengatasi Amerika Syarikat (AS) sebagai pasaran filem terbesar dunia.

 

“Beberapa cerita yang saya dan Jack boleh maklumkan dalam usaha sama antara Amblin Partners dan Alibaba Pictures ialah membawa masuk cerita bertemakan China kepada penonton Amerika, dan kami boleh mengeluarkan filem secara bersama,” kata Spielberg dalam satu taklimat di Beijing.

 

“Dan kita boleh membawa masuk lebih banyak China ke Amerika, dan membawa masuk Amerika ke China.” Alibaba Pictures mula melabur dalam filem Hollywood pada 2015 dengan memiliki kepentingan dalam ‘Mission: Impossible – Rogue Nation’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.