Polis Siasat Isyarat Lucah Siti Kasim

KUALA LUMPUR –  Polis akan merakan kenyataan Siti Kasim malam ini berkenaan isu isyarat lucah yang digunakan olehnya kepada peserta forum pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355) di Shah Alam, September lalu.

 

 

Menurut Siti Kasim yang merupakan seorang peguam dan aktivis, pertemuannya dengan pihak polis akan dibuat jam 8 malam ini di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

 

Mengulas berkenaan isu tersebut, beliau meluahkan rasa tidak kesal beliau ketika menunjukkan isyarat tersebut kepada peserta dan menyifatkan mereka sebagai ‘Islamofascists” dan menganggu beliau terlebih dahulu.

 

“Ya, saya akan lakukan apa saja yang layak untuk mereka yang berhak dapat finger salute,” tulisnya di Facebook.

 

Terdahulu, Siti telah diganggu ketika bertanyakan soalan kepada ahli forum dalam Wacana Harian 5 September lalu.

 

Sebelum itu Siti berdiri mempersoalkan mengapa orang Islam di negara ini dipaksa mematuhi Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara sedangkan ia “antara saya dan tuhan”.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.