Polis ‘Memori’ Mampu Tangkap 850 Penjenayah

LONDON – Amat menakjubkan apabila seorang anggota polis mempunyai memori yang berupaya menangkap 850 penjenayah dalam tempoh empat tahun lalu.

 

 

Anggota polis West Midlands, United Kingdom yang bernama Andy Pope ini memiliki memori cukup hebat, malah otaknya seperti komputer kerana mampu menyimpan pelbagai data berhubung salah laku penjenayah, lapor portal Telegraph UK.

 

 

Hanya dengan sekali imbas, dia mampu mengenal pasti seseorang penjenayah dan kemahirannya itu dengan pantas untuk menangkap penjenayah.

 

 

Menurut , apabila anggota polis lain bertungkus lumus cuba mencari suspek, Pope mudah dan cepat menyelesaikan sesebuah kes kerana memori yang dimilikinya.

 

 

Pengalaman dan memori Pope sangat menakjubkan ke­rana setiap pagi, lelaki itu akan melayari setiap gambar suspek selepas taklimat sebelum menjejaki mereka menggunakan kemahiran dan kelebihan memorinya untuk mengingati setiap fakta sebelum mencekup seseorang suspek.

 

 

Ketua Balai West Midlands, Gareth Moris berkata, dia terkejut apabila Pope mampu melakukan tugasan yang diberikan kepadanya lebih pantas dan efektif berbanding anggota polis lain di balai tersebut.

 

 

“Saya memang cukup kagum, ketika anggota polis lain buntu untuk menyelesaikan sesebuah kes, tetapi hanya dengan melihat beberapa keping gambar dan sedikit maklumat, Pope mampu mendapatkan gambaran sebenar.

 

 

“Dia mampu ingat semua perkara termasuk terserempak dengan orang ramai di jalanan. Bayangkan pada 2012 dia sudah menyelesaikan 250 kes termasuk yang paling rumit,” kata­nya.

 

 

Ketika ditemuramah seorang wartawan, Pope mengakui walaupun dia mempunyia memori yang baik, tetapi dia juga ada kelemahan sukar mengingati banyak perkara lain, termasuk hari jadi isterinya dan tarikh perkahwinan mereka.

 

 

“Tentang suspek jenayah saya mudah ingat, tetapi tentang hari jadi dan ulang tahun perkahwinan, saya dianggap sebagai orang yang tidak ‘berguna’ oleh isteri saya,” katanya berseloroh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.