Pembangkang Perlu Mengatur Semula Kepentingan Mereka Terlebih Dahulu

Tulisan asal oleh :

 

Salleh Said Keruak, Blog Salleh Said Keruak, 9 Oktober 2016.

 

Hari ini, Muhyiddin Yassin berkata bahawa pembangkang akan dapat mengambil alih Johor jika ia menang hanya 10 lagi kerusi pada pilihan raya umum akan datang. Johor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri keseluruhannya yang mana Barisan Nasional kini menguasai 37 dan pembangkang 19 daripada kerusi itu. 10 lagi kerusi akan memberikan pembangkang majoriti sebanyak dua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Johor.

 

Ini dipanggil sebagai “counting your chickens before they hatch” (membuat perancangan yang bergantung ke atas sesuatu yang baik yang berlaku sebelum anda tahu ianya benar-benar akan berlaku).

 

Pertama sekali, Muhyiddin perlu meyakinkan pengundi bahawa ia mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk ditawarkan kepada mereka berbanding dengan kerajaan sekarang.

 

Pada masa ini ia kelihatan seperti PPBM hanya sebuah parti yang ditubuhkan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sama seperti PKR adalah parti untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara.

 

 

Pakatan Harapan masih belum lagi memutuskan sama ada untuk memasukkan PPBM ke dalam pakatan pembangkang itu atau sama ada PPBM hanya semata-mata akan masuk ke dalam pakatan pilihan raya mengenai pengagihan kerusi.

 

Ini pertama sekali perlu dipersetujui kerana jika mereka tidak boleh bersetuju walaupun sebelum pilihan raya, bagaimana mereka akan bersetuju selepas pilihan raya sekiranya mereka memenangi Johor?

 

 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mereka tidak perlu mendedahkan calon pembangkang untuk Perdana Menteri buat masa ini dan mereka juga tidak perlu mewujudkan Kabinet Bayangan.

 

Pakatan Harapan mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri. Adakah ini bermakna Mahathir tidak mahu Anwar? Jadi, siapakah yang Mahathir mahukan?

 

 

Mahathir berkata di London baru-baru ini bahawa beliau mahu Muhyiddin sebagai calon pembangkang untuk Perdana Menteri dan hari ini beliau berkata masih belum perlu lagi untuk membuat keputusan itu.

 

Adakah ini kerana PPBM dan Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan calon mereka? Dan kita tahu bahawa PAS tidak boleh bersetuju dengan kedua-dua Anwar dan Muhyiddin.

 

Jadi siapa yang akan PAS pilih sebagai Perdana Menteri?

 

 

Kepada pengundi, ini adalah isu-isu yang lebih penting untuk diselesaikan dan bukannya mengira bilangan kerusi yang anda akan menang sementara masih belum mengetahui apa yang akan anda lakukan jika anda menang.

 

 
Link asal artikel:

 
http://sskeruak.blogspot.my/2016/10/the-opposition-needs-to-get-its-act.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.