Nombor plat D5 bernilai RM37.2 juta

DUBAI – Seorang Ahli perniagaan India di Dubai, Balwinder Sahani nyata tidak kisah dalam menggunakan wangnya apabila  membeli nombor plat D5 yang menjadi rebutan dengan harga Dh33juta (RM37.2j) pada sesi bidaan oleh Lembaga Pengangkutan Jalan.

 

Beliau yang juga dikenali sebagai Abu Sabah adalah pemilik RSG International, sebuah syarikat pengurusan hartanah dengan kepentingan di UAE, Kuwait, India dan Amerika Syarikat.

 

“Saya suka mengumpul nombor plat unik dan saya berbangga kerana telah mendapat nombor ini,” katanya dipetik Gulfnews.com

 

menurut beliau, pada tahun lepas dia membeli nombor plat O9 dengan harga Dh25juta (RM 28.2j).

 

“Saya telah mengumpul 10 nombor plat setakat ini dan saya tidak sabar untuk menambahkannya lagi.

 

“Ia adalah satu keinginan. Nombor plat ini adalah untuk salah sebuah kereta Rolly Royces,” ujarnya.

 

Nombor ini menarik minat ramai orang dengan bidaan bermula Dh20juta (RM22.6j).

 

Ketika sesi bidaan, seramai 300 pembida mengambil bahagian dalam bidaan yang berlaku setiap dua bulan menyaksikan saingan sengit untuk beberapa nombor.

 

“Ini adalah bidaan terbesar yang kita dapat lihat setakat ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pelesenan RTA, Ahmad Hashim Behroozian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.