Mahathir Anggap ‘Benda Kecil’ Digelar Mahafiraun, Mahazalim

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Tun Mahathir menyifatkan isu digelar sebagai Mahafiraun dan Mahazalim adalah ‘Benda Kecil’.

 

Menurutnya, beliau sanggup mengabaikan kecaman terhadapnya demi mencapai matlamatnya iaitu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

Justeru, beliau sanggup untuk berkerjasama dengan individu-individu yang telah mengecam beliau termasuk Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anuar Ibrahim.

 

 

“Kita mungkin tidak bersetuju mengenai perkara-perkara tertentu, tetapi kita mesti bersetuju dengan matlamat yang sama ini,” katanya seperti dilapor laman sesawang ismaweb.net.

 

 

Dalam pada itu, BERSATU kini giat menjadi orang tengah antara PAS dan Pakatan Harapan.

 

justeru itu, beliau mahu semua parti pembangkang bersatu untuk menjatuhkan BN dalam pilihanraya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.