Hijab Gadis Muslim London Direntap Dua Lelaki Tidak Dikenali

LONDON, ENGLAND – Seorang gadis berusia 20-an, terkejut dan tertekan selepas diserang oleh dua lelaki tidak dikenali di utara London.

 

Daily Mail.co.uk melaporkan, gadis  itu mendakwa dua suspek tersebut datang dari arah belakang dan merentap hijabnya hingga terbuka sebelum melarikan diri.

 

Detektif Konstabel, Ben Cousin mengesahkan kejadian itu dan menyifatkan ia serangan yang mengejutkan memandangkan ia berlaku pada siang hari di jalan agak sibuk.

 

“Pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kes tersebut. Serangan bermotifkan agama dan perkauman tidak akan diterima di sini dan saya menyeru kepada sesiapa yang menyaksikan serangan ini untuk menghubungi polis,” katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.