Donald Trump Ugut Penjarakan Hillary Clinton Jika Menang Presiden AS

ST LOUIS – Dalam debat pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, Donald Trump mengugut akan mendakwa Hillary Clinton kerana menggunakan e-mel beliau ketika menjadi Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

 

Calon Parti Republikan itu mengatakan beliau akan memenjarakan dan mengawasi Clinton sekiranya memenangi pilihan raya itu dan dipilih menjadi Presiden AS.

 

“Sekiranya saya menang, saya akan mengarahkan peguam negara mendapatkan pendakwa khusus untuk melihat kes anda kerana tidak pernah terdapat begitu banyak penipuan dan dusta selama ini,” kata Trump.

 

Memberi reaksi kepada kenyataan itu, calon Parti Demokrat itu dalam responsnya berkata: “Nasib baiklah seseorang yang berperangai seperti Donald Trump tidak dipertanggungjawabkan menjaga undang-undang di negara ini.”

 

Ia membuatkan Trump membalas balik: “Anda akan berada di penjara.” – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.